Sejarah Seven Collar T-Shirt

Seven Collar T-Shirt ditubuhkan pada 1997 dengan anggota asalnya yang terdiri daripada Saiful Ridzuan, Muhammad, Nik Justin dan Faizal. Pada tahun yang sama, album The Demo serta album kompilasi With Guns In Our Hands diterbitkan.

Pada Oktober 1999, Nik Justin dan Faizal meninggalkan kumpulan ini kerana komitmen kerja dan pelajaran. Mohd Rafidi dan Mokhtarizal menyertai kumpulan ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nik Justin dan Faizal.

Kumpulan ini kemudiannya merakamkan album EP bertajuk Smiling Simulator yang mana ia habis dijual. Ia diikuti oleh tawaran merakamkan sebuah lagu untuk album kompilasi Family Day yang diterbitkan oleh Posse Records/NSR, album kompilasi ini turut menampilkan band seperti Love Me Butch, Prana dan Flop Poppy.

Album sulung Seven Collar T-Shirt, Freeway, Dreaming & Broke mula menjengah pasaran pada Oktober 2002, album ini diterbitkan oleh Greg Henderson di bawah syarikat rakaman I Seek Music dan diedarkan oleh Positive Tone dan EMI. Pada Disember 2003, pemain dram band ini, Mokhtarizal meninggalkan Seven Collar T-Shirt untuk menumpukan perhatian kepada syarikat rakaman I Seek Music miliknya, kumpulan ini mempelawa Adil Ali untuk menyertai SCTS bagi menggantikan Mokhtarizal.

Pada awal 2004, kumpulan ini mengikat kontrak dengan Laguna Records (kini Laguna Music) dan seterusnya muncul bersama album kedua, Drones di mana album ini diterbitkan oleh penerbit muzik terkenal, Roslan Aziz.[1]

Setahun berikutnya, band ini mengadakan persembahan di konsert jelajah Sejenak Di Semenanjung, bersama-sama dengan kumpulan Love Me Butch. Pada 2006, band ini mengadakan siri konsert jelajah pertama di Indonesia. Seven Collar T-Shirt ialah salah sebuah band yang beraksi di konsert gig Crossboarders yang pertama. Pemain bes, Mohd Rafidi meninggalkan Seven Collar T-Shirt kerana komitmen kepada keluarga dan kerjaya. Tempat beliau digantikan oleh Sim Keng Lee, sekaligus melengkapkan ahli terkini kumpulan ini.

Pada tahun 2007, kumpulan ini merakamkan lagu "My Generation" untuk kempen Jangan Togel oleh Nike Malaysia, lagu ini menjadi lagu tema filem dokumentari pendek, Jangan Togel. SCTS meraikan ulangtahun penubuhannya yang ke-10 dengan mengadakan konsert khas yang diadakan di The Actors Sudio @ BSC, Bangsar, yang dikenali sebagai A Seven Collar Sonique Cinematique.[2] Persembahan mereka diiringi oleh 10 pemuzik amatur dari UiTM Shah Alam.[3] SCTS juga mengadakan persembahan di London dan Manchester, United Kingdom pada 2009.

Album ketiga band ini, The Great Battle dilancarkan pada 5 November 2009.[4] Bersempena dengan pelancaran album ini, Seven Collar T-Shirt mengadakan konsert The Battle Protocol yang berlangsung di KLPac.[5]

SevenCollar T-Shirt merakamkan lagu "Jangan Tinggal Daku" nyanyian asal P. Ramlee. Mereka alah antara artis indie yang menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi P. Ramlee: Satu Indiepretasi yang dikeluarkan pada 20 April 2011. Berita Harian pada 2010 melaporkan bahawa mereka bakal merakamkan lagu Melayu selepas sekian lama bertumpu pada lagu Inggeris.[6]

Pada tahun 2013, band ini melancarkan single terbaru, "Ordinary Life". Kumpulan ini meraikan ulang tahun album kedua mereka Drones yang ke-10 pada 6 Februari 2014 di No Black Tie.[7]

SevenCollar T-Shirt ialah antara pemuzik tanah air yang mengadakan persembahan mereka di DFP Seni Fest 2014 anjuran Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung dari 16 hingga 21 September 2014. Artis yang terlibat termasuk OAG, Bunkface, monoloQue, Zainalabidin dan Ning Baizura.[8]

SCTS ialah antara kumpulan rock yang beraksi di konsert Rocktoberfest Borneo yang berlangsung selama dua hari, bermula 6 dan 7 Oktober 2017 di Kuching, Sarawak. Turut beraksi di pentas Rocktoberfest ialah Estranged, Nice Stupid Playground dan Bunkface.[9]

Pada Disember 2017, Seven Collar T-Shirt melancarkan lagu "Lines" sebagai single pertama mereka untuk album terbaru mereka yang akan datang. Muzik video lagu ini diarahkan oleh Jordan Suleiman dan icara dan dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Laguna Music. Single kedua mereka, "Black Rain" dikeluarkan pada Oktober 2018 dengan muzik videonya diarahkan oleh Shimy Latif. Album keempat mereka Murder dikeluarkan pada 16 Disember 2018, ia menjadi album pertama mereka dalam tempoh 9 tahun sejak The Great Battle (2009).[10]

Rujukan

WikiPedia: Seven Collar T-Shirt http://masses.com.my/music/sevencollar-t-shirt-ret... http://www.utusan.com.my/hiburan/persembah-pelbaga... http://lagunamusic.my/activity/sevencollar-tshirt/ https://juiceonline.com/sevencollar-t-shirt-the-ba... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment... https://www.utusanborneo.com.my/2017/09/05/40-kump...